assalamualaikum.
dah lama tak update blog ni. jadi rindu pulak. haha. sekarang tengah cuti sem untuk sem yang ke 3 (bakal masuk sem 4 la senang cite). so aku agak- agak sempat la nak menulis kat sini en en en. cuti sem pun tak dapat nak rilek sebenarnye. lagi penat ade lah. tapi penat sekarang ni ape lah sangat berbanding penat masa hari kuliah kan. sekarag aku kerja pakai otot. kalau hari kuliah bekerja pakai otak. ha tu je lah beza nya.
untuk cuti kali ni aku menetap di KL lagi dalam Kem Wardieburn ni haa. jadi babysitter macam cuti2 sem yang lepas. babysitter dengan aku memang dah tak boleh dipisahkan. penat memang la penat plus rasa rindu yang menggunung kat family ni. Allah je tahu cemana aku menanggung perasaan dalam dada ni.
untuk bulan 4 ni aku jaga sorang je budak. berumur 3 tahun tapi mulut macam orang tua. kengkadang geram jugak nak sepuk dia. hahaha. nasib baik comel. tapi masalahnye dia memang tak dengar langsung cakap aku. tu yang payah tu. nak suruh dengar cakap dia je. kalau tak dengar kang dia melalak. aku malas la nak dengar budak melalak ni. aku ni pesen migrain. bising2 sikit aku dah tak boleh. nanti pening.
bulan 5 nanti aku kena jaga dua orang. bayang kan dua orang budak aku sorang yang jaga. arh cemano punya susah pun aku tak dapat nak bayangkan tu. lagi sorang ni baby lagi. baru 6 bulan. nak jaga baby ni lagi senang berbanding jaga budak yang dah besar. masalah nye yang si abang ni suka kacau adik dia. tu yang aku risau tu. nampak gayanya lepas ni dah pukul 6 pagi lagi aku kena mandi siap2 sume. yelah nanti dah tak boleh nak tinggalkan diorg kalau aku nak pegi mandi. kena prati 24jam. hahah.
tu lah payah nye jadi babysitter. bukan senang tau. orang yang mempunyai tahap kesabaran maksimum je yang layak jadi babysitter ni. cehh. hahha. aku teringin jugak nak cari kerja lain. yela bak kata orang nak cari pengalaman kerja. aku belum pernah lagi kerja luar. mak aku tak kasi. hahaha. sia kalau boleh suruh aku duduk rumah je tolong masak. nanti kalau aku nak duit just mintak je. tapi aku eringin jugak nak ada duit sendiri dengan titik peluh aku kan. mak aku bukan apa. dia sayang betul dengan anak- anak. kalau boleh dia tak nak anak susah cari duit. besar betul pengorbanan ma abah aku. sedihnya.
dah panjang benor ni. nanti aku sambung lagi k. chow.
ni yang umur 3 tahun tu.
ni yang 6 bulan tu.


No comments:
Post a Comment