Friday, April 19, 2013

cinta zaman remaja ~<@

salam.

kali ni nak cerita pasal kisah cinta remaja aku. dah tu je topik yang bermainkan fikiran. sebanarnya aku dah banyak sangat pengalaman bercina. bukan nak cakap besar ke apa tapi tu lah hakikatnya. tapi dalam mencari cinta, aku belum pernah lagi jumpa cinta sejati. yang aku jumpa sebelum ni semua cinta palsu.

masalah aku bila aku nak kat orang tu, orang tu pulak dah berpunya. bila aku dah tau dia dah berpunya, maka dengan segeranya aku akan tinggalkan dia dan tak akan berusaha untuk mendapatkan dia. yelah bagi aku tak elok amik orang punya. nanti orang buat macam tu pulak kat laki aku nanti.

sepanjang perkenalan macam- macam jenis dan pesen yang aku jumpa. ada yang pesen gatal yang baik yang alim pun ada. hahah. tapi tu lah semua tak kekal. aku ni cepat bosan sebenarnya. ramai je yang nak try aku tapi aku tolak mentah- mentah. aku ni susah nak jatuh cinta tapi bila dah jatuh cinta haihhh mandi tak basah tidur tak lena makan tak kenyang la jawab nye.

paling latest aku suka kat sorang mamat ni. kenal kat tuiter. hahah. cemana tah dia boleh follow aku, then aku follow back la. pastu bermula la alkisahnya. dari tuiter beralih kepada whatsapp pula. ye la sekarang ni semua pakai enfon canggih- canggih. macam- macam application yang ada. huhu. kiteorang selalu jugak whatsapp. tapi lately ni aku rasa lain macam. tak tau lah sebab dia bz ke apa. aku sebenarnya tak tau dia dah ada awek ke belum. soalan tu aku tak penah terpikir pun nak tanya dan tak ingin tanya sebenarnya sebab aku takut aku kecewa.

akhir- akhir ni aku rasa makin sayang pulak kat dia tapi nak luah tu belum ada keberanian la. aku bukan tak berani tapi aku terlalu takut unuk kecewa. bukan sekali dua aku pernah rasa kekecewaan tu tapi berpuluh kali. so kengkadang dah rasa tawar hati pun ada. aku duk harap jugak jodoh aku biar lah dengan dia tapi usaha untuk mendapatkan dia tu memang takde lah. aku bukan apa, aku segan je.

tapi mungkin suatu hri nanti aku akan luahkan perasaan tu kat dia walaupun aku sendiri taktau bila. biarlah masa yang tentukan. aku taknak kata apa. haha.

sekian saja pasal cinta. bubye :)


cuti sem jadi babysitter macam biasa -..-"

assalamualaikum.

dah lama tak update blog ni. jadi rindu pulak. haha. sekarang tengah cuti sem untuk sem yang ke 3 (bakal masuk sem 4 la senang cite). so aku agak- agak sempat la nak menulis kat sini en en en. cuti sem pun tak dapat nak rilek sebenarnye. lagi penat ade lah. tapi penat sekarang ni ape lah sangat berbanding penat masa hari kuliah kan. sekarag aku kerja pakai otot. kalau hari kuliah bekerja pakai otak. ha tu je lah beza nya.

untuk cuti kali ni aku menetap di KL lagi dalam Kem Wardieburn ni haa. jadi babysitter macam cuti2 sem yang lepas. babysitter dengan aku memang dah tak boleh dipisahkan. penat memang la penat plus rasa rindu yang menggunung kat family ni. Allah je tahu cemana aku menanggung perasaan dalam dada ni.

untuk bulan 4 ni aku jaga sorang je budak. berumur 3 tahun tapi mulut macam orang tua. kengkadang geram jugak nak sepuk dia. hahaha. nasib baik comel. tapi masalahnye dia memang tak dengar langsung cakap aku. tu yang payah tu. nak suruh dengar cakap dia je. kalau tak dengar kang dia melalak. aku malas la nak dengar budak melalak ni. aku ni pesen migrain. bising2 sikit aku dah tak boleh. nanti pening.

bulan 5 nanti aku kena jaga dua orang. bayang kan dua orang budak aku sorang yang jaga. arh cemano punya susah pun aku tak dapat nak bayangkan tu. lagi sorang ni baby lagi. baru 6 bulan. nak jaga baby ni lagi senang berbanding jaga budak yang dah besar. masalah nye yang si abang ni suka kacau adik dia. tu yang aku risau tu. nampak gayanya lepas ni dah pukul 6 pagi lagi aku kena mandi siap2 sume. yelah nanti dah tak boleh nak tinggalkan diorg kalau aku nak pegi mandi. kena prati 24jam. hahah.

tu lah payah nye jadi babysitter. bukan senang tau. orang yang mempunyai tahap kesabaran maksimum je yang layak jadi babysitter ni. cehh. hahha. aku teringin jugak nak cari kerja lain. yela bak kata orang nak cari pengalaman kerja. aku belum pernah lagi kerja luar. mak aku tak kasi. hahaha. sia kalau boleh suruh aku duduk rumah je tolong masak. nanti kalau aku nak duit just mintak je. tapi aku eringin jugak nak ada duit sendiri dengan titik peluh aku kan. mak aku bukan apa. dia sayang betul dengan anak- anak. kalau boleh dia tak nak anak susah cari duit. besar betul pengorbanan ma abah aku. sedihnya.

dah panjang benor ni. nanti aku sambung lagi k. chow.

                                            ni yang umur 3 tahun tu.

                                                ni yang 6 bulan tu.