Thursday, June 16, 2011

dunia suatu persinggahan

mengapa kita harus sombong ? adakah harta, pangkat, atau ilmu yang ada pada kita menjadi faktor perkara itu berlaku ? sahabat, kita sama saja . hidup di dunia hanyalah sementara. hidup di dunia hanya satu persinggahan untuk mendapatkan bekalan supaya kita sejahtera dan selamat di akhirat nanti . sifat sombong bukanlah sifat orang islam .

yang selalu bermain di fikiran saya, mengapa perlu sombong apabila berharta ? harta itu tak akan kekal wahai sahabat . lama kelamaan harta yang diagung- agungkan itu akan habis juga. tiada siapa yang akan memandang anda selepas kejatuhan anda sebab manusia akan mengingati perkara buruk yang anda lakukan walaupun 1000 tahun anda melakukan kebaikan .

insaflah wahai sahabat . bukan niat saya untuk membangga diri seolah- olah saya tidak melakukan kesilapan. sya juga manusia biasa. tetapi, tidak menjadi satu kesalahan untuk kita saling mengingati. hanya orang yang bijak yang dapat menerima nasihat daripada orang lain . nilailah diri anda.

sekian, wasalam .

No comments:

Post a Comment