salam.
tetibe gatal je tangan ni nak mengupdate blog. yelah dah terlampau bosan. sekarang jadi babysitter pun ape la sangat kerjanya. masak, bagi budak kecik tu makan, mandikan, buat susu bila dia mintak lepastu tolong basuh kan berak. hahha. tu je lah.
actually rindu sangat nak balik rumah tapi terpaksa stay kat kl ni sebab nak siapkan lesen tu. proses siapkan lesen tu gila lamaaaaaa. nak kena booking bagai. ari tu dah bagitau awal awal nak siapkan cepat tapi kerana tu macam endah tak endah je apa aku cakap. ni kalau kena sound best jugak. nak tukar kat tempat lain tak boleh sebab dah bayar full. rugi arh nanti. so nak tak nak terpaksa lah telan perangai cipan diorang tu. huhh BENGANG !
sebenarnye tak tahu kenapa hhari ni tetibe je rase nak beli diari. ahaha. dah pertengahan tahun baru terasa nak beli diari -..-' memandangkan diari takde, so aku buat keputusan untuk jadikan blog ni sebagai diari. so korang pun boleh lah baca (kalau sudilah) .
tapi kalau dah blog jadi diari, tak semua benda aku boleh tulis kat sini. ye lah blog ni kan public. cerita cerita secret tak dapek lah den nak nulis nyo. huhu. iyolah kalau idok ibaratnyo menconteng arang dimuko. tak pun membuko pekung di dado. hah den merepek apo kot loghet nogori pun den tak tahu. lantak p. hahah
den nak ceghito kisah cinto den sebenarnyo. den baru lopeh stalk crush den. aduhai den raso beliau dah ado makwe. nak dibandingkan dongan den memang jauh la lagi hebat makwe beliau. makwe nyo belajar obersea pulok. den ni belajar kat dalam Malaysia jo. tak mampu akal den nak mencapai unibersiti luar negaro. sedihnya hati den.
memanglah jodoh itu dah ditakdirkan tapi aku masih percaya jodoh takkan datang bergolek. jodoh harus dicari. kalau kita nak kita kena usaha. sebenarnya aku agak terasa hati lah sebab beliau layan aku baik gila. maybe memang dia tu pesen gentleman kot so aku je yang perasan. tah tah semua pompuan dia layan macam tu. tah la. apa salah nya jujur dengan aku. kalau dah ada awek cakap la dah ada awek. so aku akan limitkan perasaan aku ngan dia sebagai kawan SAHAJA. ni buat aku tertanya- tanya. huhh nasib badan dah berpuluh kali bercinta tapi memang selalunye aku yang kecewa.